PERATURAN PENGGUNAAN/SEWAAN AUDITORIUM UNIMEL

  • SYARAT PENGGUNAAN
    1. Semua tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 14 hari sebelum tarikh penggunaan kepada Unit Pembangunan dan Perniagaan UNIMEL.
    2. Keutamaan diberikan kepada program akademik dan aktiviti universiti.
    3. Pihak luar yang ingin menggunakan auditorium perlu mendapatkan kelulusan daripada pihak pengurusan universiti dan membayar caj penggunaan mengikut kadar yang ditetapkan.
    4. Pengguna bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kelestarian peralatan di dalam auditorium.
    5. Sebarang perubahan terhadap susun atur tempat duduk atau peralatan audiovisual perlu mendapat kebenaran terlebih dahulu.
  • PERATURAN KESELAMATAN
    1. Kapasiti maksimum auditorium mesti dipatuhi seperti yang ditetapkan oleh pihak keselamatan universiti.
    2. Pintu kecemasan tidak boleh dihalang pada bila-bila masa.
    3. Sebarang penggunaan api terbuka, bahan mudah terbakar, atau kesan khas yang berbahaya adalah dilarang.
    4. Pihak penganjur bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan peserta sepanjang acara berlangsung.

TANGGUNGJAWAB PENGGUNA.

    1. Pengguna bertanggungjawab untuk mengembalikan keadaan auditorium kepada keadaan asal selepas penggunaan.
    2. Sebarang kerosakan terhadap harta benda auditorium hendaklah dilaporkan segera kepada pihak pengurusan dan kos pembaikan akan ditanggung oleh pengguna.
    3. Penggunaan peralatan audiovisual perlu mendapatkan kebenaran dan hanya boleh dikendalikan oleh kakitangan yang bertauliah.
    4. Bertanggungjawab memastikan segala penggunaan peralatan dan kemudahan milik UNIMEL diselenggarakan dengan sebaik-baiknya. Sekiranya berlaku sebarang kerosakan, kemusnahan atau kehilangan kepada peralatan atau kemudahan tersebut akibat kecuaian Penyewa, UNIMEL berhak menuntut
    5. Sebarang peralatan yang dibawa masuk ke dalam auditorium perlulah dinyatakan jenis dan bilangannya.
    6. Semua peralatan, harta benda milik penyewa atau barangan lain seupamanya hendaklah dibawa masuk lebih awal dan perlulah mendapat  persetujuan (tarikh dan masa) UNIMEL terlebih dahulu.
    7. Penyewa adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di semua bahagian ruang/tempat yang digunakan.
    8. Pemasangan backdrop atas pentas hendaklah dilakukan tanpa menggunakan paku. Backdrop hendaklah ditanggalkan selepas sahaja majlis selesai dan membersihkan segala kesan yang tertinggal serta memastikan tiada sebarang kecacatan berlaku. Sekiranya berlaku kekotoran atau  kerosakan, Penyewa adalah bertanggungjawab untuk membaiki kerosakan 
    9. Penyewa tidak dibenarkan menampal/melekat bahan-bahan seperti poster, brosur, kain rentang, sepanduk atau gambar dimana-mana bahagian dinding atau cermin bangunan melainkan ianya mendapat kelulusan/kebenaran UNIMEL.
    10. UNIMEL hanya akan menyediakan Juruteknik untuk bertindak sebagai Penyelia peralatan dan ruang/tempat.
    11. Mengeluarkan segala peralatan persendirian termasuk props, set dan semua barang-barang kepunyaan Penyewa daripada dalam atau luar auditorium selepas tamat masa penggunaan.
    12. Penyewa tidak dibenarkan menggunakan mana-mana bahagian ruang/tempat yang tidak ditempah tanpa kebenaran UNIMEL.

TANGGUNGJAWAB UNIMEL

  1. Menyediakan keperluan teknikal iaitu sistem lampu, sistem bunyi dan hawa dingin.
  2. Menempatkan seorang Juruteknik untuk bertanggungjawab ke atas penyelenggaraan dan penyeliaan peralatan teknikal milik UNIMEL sahaja serta seorang kakitangan UNIMEL bagi tujuan penyeliaan penggunaan auditorium.
  3. UNIMEL boleh dan berhak untuk mengambil gambar atau membuat rakaman audio visual yang bertujuan untuk simpanan/dokumentasi pihak UNIMEL yang bukan untuk tujuan dagangan.
  4. UNIMEL tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan peralatan, props dan lain lain barang teknikal milik Penyewa yang disimpan di adalam kawasan auditorium sekiranya berlaku kehilangan atau kerosakan.
  5. UNIMEL tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kemalangan, kematian penyewa, pekerja-pekerja, agen-agen atau tetamu sebelum, semasa dan selepas penggunaan auditorium.
  6. UNIMEL tidak menyediakan pekerja bagi membantu persiapan pihak Penyewa.
  7. UNIMEL berhak membatalkan tempahan jika didapati Penyewa gagal mematuhi peraturan dan syarat-syarat yang telah ditetapkan dan tidak akan membayar sebarang ganti rugi.
  8. UNIMEL atau pegawainya yang diberi kuasa hendaklah dibenarkan keluar atau masuk auditorium pada bila-bila masa untuk menjalankan pemeriksaan atau tugasan yang telah diberikan.
  9. UNIMEL tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian yang berlaku akibat kerosakan peralatan, kegagalan bekalan elektrik, kebakaran dan lain lain kejadian semulajadi yang mungkin mengakibatkan pembatalan penyewaan atau penutupan auditorium.

PENGUATKUASAAN DAN TINDAKAN

    1. Pihak pengurusan berhak untuk membatalkan atau menamatkan penggunaan auditorium jika berlaku pelanggaran peraturan ini.
    2. Sebarang ketidakpatuhan terhadap peraturan ini boleh dikenakan tindakan disiplin atau penalti kewangan bergantung kepada tahap kesalahan.

 

WAKTU PENGGUNAAN

Waktu penggunaan ruang/tempat auditorium adalah seperti berikut:

      Isnin – Jumaat             : 8.00 pagi – 11.00 malam

      Sabtu                           : 8.00 pagi – 6.00 petang

                                            8.00 malam – 11.00 malam

      Ahad                           : 8.00 pagi – 11.00 malam