SYARAT-SYARAT AM

Aktiviti yang dijalankan Oleh pihak penyewa hendaklah:

  • Tidak bertentangan dengan undang-undang negara, perlembagaan dan peraturan Universiti.
  • Tidak akan mencemarkan imej dan nama baik Universiti sebagai institusi pengajian tinggi.
  • Setiap persembahan/pertunjukan/majlis yang memerlukan surat kelulusan atau permit daripada pihak Polis Diraja Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa, perlulah dikemukakan salinan permit tersebut kepada Universiti dan dipamerkan di pintu masuk premis perniagaan dan kemudahan yang disewa.
  • Semua kawasan dalam Universiti adalah kawasan larangan merokok.
  • Makan dan minum dalam apa jua bentuk sekalipun adalah tidak dibenarkan di dalam ruang yang disewa melainkan di tempat yang dikhaskan.
  • Minuman keras dan makanan yang tidak halal adalah dilarang sama sekali.
  • Sebarang aktiviti jualan semasa tempoh sewaan hendaklah mendapatkan kebenaran terlebih dahulu semasa permohonan dibuat.
  • Penyewa disyorkan memilih pembekal makanan daripada senarai yang disediakan Oleh pihak Universiti. Bayaran penyediaan makanan boleh dibuat secara langsung kepada pihak pembekal.
  • Penyewa tidak dibenarkan menyewakan premis perniagaan dan kemudahan yang telah diluluskan kepada pihak Iain.
  • Penggunaan polisterin sebagai pembungkus makanan dan minuman adalah dilarang di Universiti.

TATACARA SEWAAN

Permohonan dan kelulusan sewaan

  • Senarai ruang dan kemudahan yang ditawarkan untuk sewaan serta borang permohonan sewaan boleh hubungi terus ke Unit Pembangunan Perniagaan (BDU).
  • Semua urusan permohonan sewaan hendaklah dibuat dalam waktu pejabat sahaja:

Isnin – Khamis:

8.00 pagi — 1.00 petang

2.00 petang — 5.00 petang

Jumaat            

8.00 pagi — 12.15 petang

2.45 petang — 5.00 petang

  • Semua borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan kepada BDU atau PTJ berkaitan selewat-lewatnya tujuh (7) hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan bagi memudahkan proses pengurusan tempahan kecuali bagi kes-kes khas.
  • Kelulusan permohonan sewaan ruang dan kemudahan adalah tertakluk kepada takwim akademik dan aktiviti universiti. Keutamaan akan diberikan kepada aktivit/majlis rasmi Universiti.

Tempoh Penyewaan

  • Tempoh penyewaan hendaklah dinyatakan dengan jelas dalam borang permohonan sewaan. Masa yang diperlukan untuk persiapan awal (jika ada) hendaklah diambil kira dalam tempoh penyewaan

SEWAAN RUANG DAN KEMUDAHAN

Tapak Pameran dan Jualan

  • Ruang yang disewakan untuk aktiviti pameran dan jualan yang dibenarkan
  • Ruang dan Kemudahan/Peralatan
  • Prasarana milik Universiti Auditorium, bilik kuliah, bilik perbincangan, bilik seminar, bilikjamuan, Dataran Siswa, makmal, peralatan ICT, balapan, padang dan lain-lain beserta kemudahan/peralatan yang seumpamanya.
  • Kemudahan Tempat Tinggal
  • Kolej kediaman pelajar dan lain-lain seumpama dengannya
  • Kafeteria
  • Perkhidmatan makanan dan minuman di dalam kawasan universiti
  • Ruang/Tapak komersial
  • Tapak komersial yang disewakan secara berkontrak kepada Kontraktor/pihak luar seperti tapak pencawang telekomunikasi dan lain-lain.
  • Kiosk/Kedai runcit/kedai percetakan
  • Premis perniagaan samada berstruktur kekal atau sementara yang memberikan perkhidmatan kewangan (mesin ATM), dobi, jualan barang runcit dan keperluan dan lain-lain perkhidmatan yang seumpamanya di dalam kawasan universiti.

Mesin Layan Diri

  • Mesin jualan air, mesin mencuci, wifi, dan lain-lain mesin yang seumpamanya di dalam kawasan universiti
  •  Gerai bergerak ialah gerai mudah alih yang menjalankan perniagaan seperti food truck, car boot sales, penjaja dan gerai di lokasi acara/program yang dibenarkan.
  • Pasar bermusim/berkala ialah pasar jualan di ruang terbuka/ruang letak kereta untuk menjual makanan, pakaian dan lain-lain seperti karnival jualan, pasar malam dan lain-lain.
  • Lain — lain ruang dan kemudahan yang diluluskan oleh JKPK atau Universiti.

Pembayaran

  • Penyewa hendaklah membayar kepada Universiti dengan bayaran penuh, selewat4ewatnya tujuh (7) hari waktu bekerja sebelum tarikh penggunaan. Sekiranya pernbayaran tidak dibuat dalam tempoh tersebut, pihak Universiti berhak untuk membatalkan tempahan tanpa sebarang notis kepada pemohon.
  • Kaedah bayaran adalah seperti berikut:
  • Secara tunai di kaunter Pejabat Bendahari atau,
  • Pesanan Tempatan (L/O) bagi penyewa kerajaan atau,
  • Bayaran atas talian ke akaun Bank Islam Malaysia Berhad nombor akaun — 04024010001000 (perlu disertakan resit pembayaran atau bayaran tidak diterima sekiranya bukti pembayaran tidak disertakan)

Penggunaan premis perniagaan dan kemudahan

  • Waktu penggunaan ruang/tempat adalah seperti berikut:-

                                   Ahad – Sabtu:        8.00 pagi — 11.00 malam

Kecuali ruang Perpustakaan sehingga 5.00 petang.

  • Penyewa hendaklah berhubung dengan pTJ sekiranya memerlukan tambahan masa penggunaan ruang selain daripada waktu yang ditetapkan

HAK – HAK UNIVERSITI

  • Universiti berhak untuk menerima atau menolak sesuatu permohonan sewaan.
  • Universiti berhak mengenakan sebarang peraturan tambahan berhubung penyewaan ruang dan kemudahan dari semasa ke semasa sekiranya difikirkan perlu.
  • Universiti berhak membatalkan program yang dijalankan sekiranya pihak penyewa melanggar syarat-syarat garis panduan ini dan peraturan — peraturan lain yang berkuat kuasa di Universiti.
  • Universiti berhak menyenarai hitamkan pihak penyewa yang telah didapati melanggar syarat — syarat garis panduan ini dan peraturan — peraturan lain yang berkuat kuasa di Universiti.
  • Universiti berhak untuk mengambil gambar atau membuat rakaman audio visual program yang dijalankan dengan tujuan untuk simpanan/dokumentasi dan bukan untuk tujuan dagangan.
  • Universiti atau pegawai yang bertugas berhak membuat pemeriksaan semasa program sedang dijalankan.
  • Universiti tidak bertanggungjawab ke atas keselamatan kenderaan, peralatan, props dan lain-lain barang ataupun peralatan teknikal milik penyewa yang berada di dalam kawasan UNMEL sekiranya berlaku kehilangan dan kerosakan.
  • Universiti tidak bertanggungjawab ke atas sebarang kemalangan (disebabkan oleh kecuaian pihak penyewa) terhadap penyewa atau manamana pihak berkaitan sewaan sepanjang tempoh penyewaan
  • Universiti berhak mengambil tindakan mengikut syarat-syarat penyewaan sekiranya didapati penyewa melanggar peraturan dan garis panduan yang ditetapkan

Tanggungjawab Penyewa

  • Penyewa perlu menjelaskan bayaran sepertimana yang telah ditetapkan.
  • Penyewa bertanggungjawab terhadap sebarang kemalangan yang berlaku sepanjang tempoh penyewaan.
  • Penyewa adalah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas kerosakan, kemusnahan dan kehilangan peralatan milik Universiti akibat kecuaiannya sepanjang tempoh penyewaan.
  • Penyewa tidak dibenarkan menambah atau mengurangkan sebarang peralatan teknikal sedia ada di ruang/tempat yang disewa. Sebarang penambahan perlu mendapat kelulusan bertulis daripada Universiti.
  • Penyewa boleh dengan persetujuan Universiti membawa perabot atau kelengkapan lain milik penyewa selain daripada yang disediakan oleh Universiti.
  • Penyewa adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan di semua bahagian ruang/tempat yang digunakan sepanjang tempoh sewaan dan perlu membawa keluar semua sampah atau segala terbitan sisa dari premis perniagaan dan kemudahan Universiti.
  • Penyewa tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja/aktiviti yang boleh menyebabkan kecacatan atau perubahan kekal kepada struktur atau rupa fizikal ruang dan kemudahan yang disewa.
  • Tidak dibenarkan menampal/melekat/menggantung bahan-bahan hebahan seperti banner, bunting, poster, brosur atau gambar di dalam kawasan Universiti melainkan setelah mendapat kelulusan bertulis daripada Universiti.
  • Penyewa hendaklah menyediakan urusetia program sendiri untuk semua aktiviti yang berlangsung sepanjang tempoh sewaan.
  • Penyewa hendaklah mematuhi had masa yang ditetapkan Oleh Universiti.
  • Penyewa dikehendaki mengeluarkan segala peralatan kepunyaan sendiri daripada ruang sewaan serta merta selepas tamat tempoh sewaan.